Memandangkan kejadian scam yang semakin menjadi-jadi di kalangan pemohon pinjaman peribadi secara online. Kami ingin berkongsi sedikit tips-tips untuk mengelakkan diri daripada terjerat dalam scam pinjaman online. Sila mengikut tips-tips di bawah dan kami yakin anda akan bebas dari scam pinjaman online.

Sentiasa ingat!!

  • Jangan membayar sebarang bayaran samada dalam bentuk bayaran insurans, takaful, PIDM, kos guaman, deposit atau kos pendahuluan sebelum loan diluluskan.
  • Jangan klik link-link yang dihantar melalui sms, whatsapp atau email yang sambung kepada laman sesawang login bank anda.
  • Pastikan amaun loan yang dikreditkan ke dalam akaun anda boleh digunakan sebelum mengenalpasti loan anda telah berjaya.
  • Jangan terpedaya dengan permohonan pinjaman yang tidak perlukan dokumen. Tiada permohonan loan yang akan lulus tanpa dokumen.
  • Selalu ingat formula

    T.I.P.U

 

Tidak Akan Rugi

Indah Khabar Daripada Rupa

Peluang Hanya Sekali

Untung Besar